KHAMIS, 23 FEBRUARI 2017 @
11:30 PM
PEMAIN PDRM, Dao Bakary
(Tengah) meraikan jaringan pada minit ke-69 untuk gol kedua bersama pasukannya
pada perlawanan Liga Perdana 2017 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. -
Foto Rasul Azli Samad
MELAKA: Polis Diraja Malaysia
(PDRM) meledak satu gol di setiap babak untuk mengutip tiga mata penuh dalam
kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Skuad
kendalian Fauzi Pilus membuka jaringan menerusi Hazwan Fakhrullah pada minit
ke-28 sebelum Dao Bakary menambah jaringan pada minit ke-68.
Kemenangan itu melonjak PDRM ke
tangga keempat liga dengan sembilan mata selepas enam perlawanan, tiga mata di
belakang pendahulu, Negeri Sembilan yang baru mengharungi empat perlawanan.
Perlis kendalian Razip Ismail kekal di tangga tercorot dengan hanya dua mata
dikutip menerusi dua keputusan seri daripada enam perlawanan setakat ini.