ARKIB : 10/03/2007
KUALA LUMPUR Polis terus
kekal menguasai persada teratas apabila mudah menewaskan Kelantan 2-0 dalam
perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang
(MPS), semalam.
Kemenangan tersebut memastikan
kedudukan Polis di tangga teratas Liga Perdana tidak tergugat sambil memungut
16 mata daripada tujuh perlawanan.
Mengekori rapat Polis ialah
pasukan UPB/My Team yang meneruskan rentak kemenangan apabila mudah
mengetepikan saingan Kuala Muda Naza menang 3-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
UPB/My Team kini berada di
tangga kedua dengan 14 mata dipisahkan dengan dua mata di belakang Polis.
Di Stadium Larkin, Johor Pasir
Gudang gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tunduk 3-2
kepada KL Plus.
Gol-gol tuan rumah dijaringkan
oleh Ahmad Norhapiza Basri (m-14) dan Mohd. Ridhuan Maon (m-89) manakala KL
Plus pula menerusi Rusyde Samsudin (m-1), Mohd. Faizal Rahman (m-66) dan Mohd.
Firdaus Subri (m-71).
Di Stadium MBPJ, PKNS mencipta
kemenangan bergaya apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0.
Di Stadium Darul Makmur,
Shahzan Muda mengutip tiga mata berharga apabila menewaskan ATM 2-0.
Mohd. Khairul Jasri Salleh
membuka jaringan pada minit ke-37 dan gol kedua pula menyusul menerusi Victor
Alejandro Gonzalez pada minit ke-52.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tNNiRKen
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan