ARKIB : 04/03/2009
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
CHE MAT JUSOH
KUALA LUMPUR Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bakal dilarang daripada
meneruskan persaingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini sekiranya gagal
menjelaskan tunggakan insurans pemain dan pegawai pasukan mereka sehingga 13
Mac ini.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam mendapati pasukan
Liga Super dan Perdana itu masih terhutang sebanyak RM220,000 kepada Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sepatutnya dijelaskan pada 1 Januari lalu.
Pengerusi jawatankuasa yang juga
Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata: Insurans ini penting, dan
dapat membantu sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan pemain dan jika
sehingga tempoh 13 Mac ini jika gagal dilunaskan, kedua-dua pasukan akan
dilarang bermain serta-merta.
Sementara itu, jawatankuasa turut
mengingatkan individu dan pasukan yang didenda Jawatankuasa Tatatertib FAM atas
pelbagai kesalahan minggu lalu, supaya menjelaskannya dalam tempoh 14 hari
selepas mendapat surat rasmi daripada badan induk berkenaan.
Sebarang kegagalan mematuhinya
dalam tempoh yang ditetapkan, boleh mengakibatkan mereka dilarang meneruskan
tugas dan aktiviti bola sepak serta-merta, katanya selepas mesyuarat
jawatankuasa itu di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Antara yang didenda baru-baru ini
ialah jurulatih Felda United, Reduan Abdullah sebanyak RM4,000 kerana kenyataan
akhbarnya; Irfan Bakti Abu Salim dari Perlis, RM7,000; selain beberapa pegawai
pasukan PDRM sepanjang persaingan Liga M musim ini dan Piala Malaysia musim
lalu.
Mengenai insiden pergaduhan
penyokong Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu, kata Che
Mat, FAM sudah menerima laporan komisioner perlawanan Liga Super itu malah
mempunyai asas untuk merujuknya kepada Jawatankuasa Tatatertib, tidak lama
lagi.
Dalam perkembangan lain, katanya,
persaingan bahagian tiga, Liga FAM akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini
yang melibatkan lapan pasukan iaitu empat sedia ada dan selebihnya muka baru
dengan sepak mulanya ditetapkan 19 April ini.
Antara muka baru Liga FAM ialah
Kelab Sukan & Rekreasi UiTM dan Pos Malaysia. T-Team yang juga juara Piala
FAM dengan menewaskan MBJB musim lalu, kini bermain dalam Liga Perdana musim
ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz52qHlbOua
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan