MyMetroArena
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
SELEPAS 'menghadiahkan' kekalahan
pertama kepada Johor Darul Ta'zim (JDT II) sebelum ini, Polis Diraja Malaysia
(PDRM FA) mengekalkan rekod cemerlang apabila membelasah Sarawak 6-2 di Stadium
Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.
Aksi garang PDRM begitu ketara
seawal 45 minit pertama apabila mendahului lawan 4-0 menerusi jaringan ketua
pasukan, Azmizi Azmi pada minit ke-10, Lee Changhoon (m-26), Andre da Silva
(m-30) dan Shahurain Abu Samah (m-41).
Bersambung babak kedua, tuan rumah
menambah satu lagi gol hasil jaringan pemain baharu, R Gopinathan pada minit
ke-73 dan m-90 manakala dua jaringan Sarawak diledak Muhammad Firdaus Fauzi
(m-14) dan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-87.
Di Stadium Bandaraya, Pulau
Pinang menambah derita Kelantan apabila membelasah wakil Pantai Timur itu 4-1.
Gol tuan rumah dijaringkan Julian
Bottaro pada minit kelima, Kang Seungjo (m-40) dan dua gol menerusi Sergio
Aguero, pada minit ke-47 dan 58.
Gol tunggal Kelantan dijaringkan
Mohamad Amirul Shafik Che Soh (m-79). Di Stadium UiTM, Shah Alam, tuan rumah
terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk memperoleh jaringan kemenangan 1-0
ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) menerusi Mohammad Amer Azahar.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 12 Mei 2019 @ 12:18 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan