Sabtu, 23 September 2017

Polis rampas tampuk pendahulu



ARKIB : 25/04/2007

KUALA LUMPUR – Polis merampas kembali tampuk sebagai pendahulu daripada UPBMyTeam apabila menewaskan Shahzan Muda 3-1 pada perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MPS Selayang, semalam.

Kemenangan mengutip tiga mata penuh membolehkan Polis meraih 25 mata mengatasi UPBMyTeam yang tidak beraksi dengan 24 mata.

Di Stadium Likas, Sabah turut mengutip tiga mata berharga apabila mudah menewaskan Kuala Lumpur 2-0.

Buat Sabah kemenangan tersebut memastikan mereka mengutip 20 mata untuk melonjakkan diri ke tangga ketiga di belakang Polis dan UPBMyTeam.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan oleh Charles Sindeh pada minit ke-57 dan Charles Obi meledakkan jaringan kedua pada minit ke-77.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, PKNS meraih kemenangan tipis apabila menewaskan Johor FC 1-0.

Gol kemenangan PKNS diperoleh menerusi jaringan Fareed Shah Hassan pada masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.

Buat PKNS kemenangan tersebut melonjakkan mereka di tangga keempat mengutip 20 mata sama dengan Sabah tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol.

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kelantan gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 bertemu Kuala Muda Naza.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, KL Plus menewaskan ATM 2-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tY44KaAl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan