Sabtu, 25 Februari 2017

Liga Perdana: PDRM terus tekan Perlis

KHAMIS, 23 FEBRUARI 2017 @ 11:30 PM
PEMAIN PDRM, Dao Bakary (Tengah) meraikan jaringan pada minit ke-69 untuk gol kedua bersama pasukannya pada perlawanan Liga Perdana 2017 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meledak satu gol di setiap babak untuk mengutip tiga mata penuh dalam kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Skuad kendalian Fauzi Pilus membuka jaringan menerusi Hazwan Fakhrullah pada minit ke-28 sebelum Dao Bakary menambah jaringan pada minit ke-68.

Kemenangan itu melonjak PDRM ke tangga keempat liga dengan sembilan mata selepas enam perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu, Negeri Sembilan yang baru mengharungi empat perlawanan. Perlis kendalian Razip Ismail kekal di tangga tercorot dengan hanya dua mata dikutip menerusi dua keputusan seri daripada enam perlawanan setakat ini.


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/252179

Tiada ulasan:

Catat Ulasan