ARKIB : 06/10/2000
POLIS akan bertemu JKR Kedah
pada perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala FAM di Stadium KLFA, Cheras,
Ahad ini.
Perlawanan itu akan bermula
pada pukul 8.45 malam.
Setiausaha Eksekutif Persatuan
Bola Sepak Polis Diraja Malaysia, Insp J.G.Raj berkata, ini adalah kali pertama
mereka layak ke peringkat akhir kejohanan itu.
Polis mengambil bahagian dalam
Liga Perdana Dua pada 1997 tetapi terpaksa beraksi pada kejohanan Piala FAM
pada 1998 setelah menduduki tempat kedua tercorot dalam liga berkenaan.
Berikutan kejayaan mereka pada
pertandingan Piala FAM tahun ini, pasukan itu bakal menyerikan kembali Liga
Perdana Dua bersama-sama dengan JKR Kedah pada musim depan.
Di bawah peraturan Liga
Malaysia, kedua-dua pasukan yang layak ke pertandingan akhir Piala FAM akan
menyertai Liga Perdana Dua.
Polis melayakkan diri ke
pertandingan akhir setelah mengalahkan Perak Lintau dengan agregat 4-1 manakala
JKR Kedah memenangi perlawanan separuh akhir mereka dengan mengalahkan TKN
Perak dengan agregat 3-2. - Bernama.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4b44dVMqp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan