Jumaat, 15 September 2017

Liga Perdana: Polis pintas Pasir Gudang



ARKIB : 20/01/2007

KUALA LUMPUR – Polis memintas PBT Pasir Gudang yang tidak beraksi selaku pendahulu liga buat sementara waktu apabila menewaskan Tentera 2-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MPS, Selayang, semalam.

Kemenangan itu memastikan Polis meraih 10 mata ketika PBT Pasir Gudang (8) hanya akan beraksi menentang Kuala Muda Naza di Stadium Larkin, hari ini.

Jika kelab dari Johor itu menang, mereka akan kembali menjadi pendahulu memintas Polis.

Di Stadium Likas, Sabah terus pasrah untuk meraih kemenangan apabila sekadar terikat seri 1-1 bertemu Kelantan.

Pelawat membuka jaringan menerusi pemain import Danilo Anejandro pada minit ke-16.

Sabah yang tertekan dengan gol awal tersebut akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi penjaring terbanyak liga menerusi Charles Obi pada minit ke-68.

Di Stadium Darul Makmur, Shahzan Muda berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan PKNS 2-0.

Victor Alexander Gonzalez meletakkan Shahzan Muda di depan menerusi jaringan pada minit ke-48 dan gol kedua pula menyusul pada minit ke-65 jaringan Abdulafees Abdulsalam.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4sogdO58h
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan