PEMAIN dari
Brazil Andre Williams (kiri) menjadi taruhan PDRM.
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my
Melaka:
Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohd Fauzi Pilus yakin anak buahnya
mampu menewaskan Kelantan, seterusnya mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada
suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, malam ini.
Baginya, tekad
anak buahnya mencipta sejarah mampu direalisasikan menerusi komitmen dalam misi
mengekalkan kelebihan agregat 2-1 diperoleh ketika aksi pertama di Kota Bharu.
Menurutnya,
berdepan The Red Warriors diakui antara perlawanan sukar berikutan pelawat juga
mahu menang dalam mencapai misi mereka, sekali gus menidakkan kelebihan
dimiliki The Cops.
“Saya sudah
mengingatkan pemain supaya tidak melakukan sebarang kesilapan dan sentiasa
fokus terhadap pergerakan bola dan pada masa sama berwaspada dengan pergerakan
pemain lawan.
“Malam esok (ini)
saya akan meletakkan pemain kebangsaan Mohd Fakhrul Aiman Sidid di barisan
depan bergandingan bersama kapten Mohd Safuwan Baharudin selepas penyerang
utama Guilherme de Paula tidak dapat beraksi akibat kad merah pusingan
pertama,” katanya.
Beliau berkata,
gandingan dua pemain itu diharap mampu menyerlah dalam memastikan barisan depan
merobek gawang lawan, walaupun menyedari benteng Kelantan dibentuk baik
jurulatih Elizar Popov.
Namun beliau juga
memiliki beberapa perancangan dalam memastikan sentuhan lebih menjadi pada
saingan kali ini dengan 45 minit pertama permainan menjadi taruhan utama The
Cops.
Fauzi berkata,
perancangan diatur bukan mustahil untuk dicapai berikutan lawan juga diakui
menghadapi tekanan hebat selepas keputusan pusingan pertama.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 5:33 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan