ARKIB : 25/08/2001
PEMAIN bola sepak pasukan Liga
Perdana Polis, Baharuddin Othman dikenakan hukuman gantung setahun dan denda
RM500 oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Baharuddin didapati bersalah
melakukan kekasaran ke atas pengadil perlawanan semasa aksi Perdana Dua antara
Polis dengan Kuala Lumpur Malay Mail di Stadium MPPJ, 13 Ogos lalu.
Baharuddin yang hadir memberi
keterangan kepada jawatankuasa berkenaan yang bermesyuarat di Wisma FAM, Kelana
Jaya dipengerusikan Leftenan Jeneral (B) Datuk Azuddin Ahmad.
Dalam perlawanan itu,
Baharuddin didakwa membaling botol minuman ke atas pengadil, Nazrul Anuar
Khairuddin ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.
``FAM memandang serius kes ini
dan kami tidak akan bertolak ansur ke atas mana-mana pemain yang melakukan
kesalahan berat seperti ini,'' kata Azuddin.
Pemain Johor, Azmil Azali turut
dipanggil memberi keterangan setelah mendapati bekas pemain kebangsaan itu
mengutip enam kad kuning sepanjang liga.
Bagaimanapun, pemain itu
dibebaskan dan hanya diberi amaran keras.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bjj3Sit3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan