PEMAIN PDRM selesa beraksi di
stadium sendiri.
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my
Melaka: Jurulatih Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Mohd Fauzi Pilus mengharapkan Stadium Hang Jebat mampu membawa
tuah buat anak buahnya yang akan berdepan Kedah pada saingan separuh akhir
kedua Piala Malaysia, Sabtu ini.
Sambil mengaku pemainnya sudah
biasa dengan gelanggang berkenaan, beliau tetap mengharapkan usaha dan sentuhan
pemain melebihi apa yang dijangkakan dengan tidak semata-mata mengharapkan tuah
dan nasib semata-mata.
Justeru, beliau mahu anak
buahnya mengambil kelebihan yang ada untuk mengatasi agregat 2-1 milik pelawat
pada saingan pusingan pertama di Alor Setar sebelum ini.
Baki 90 minit permainan amat
berharga untuk mereka memberikan yang terbaik dalam misi mencipta kemenangan
mengejut ke atas skuad Helang Merah.
“Sepanjang musim ini kami
beraksi dengan agak baik di stadium berkenaan dan kini kami bersaing di separuh
akhir Piala Malaysia. Sehubungan itu, keserasian terbabit diharap mampu
diulangi ketika aksi penting terbabit.
“Walaupun pada pusingan pertama
Liga Super di Stadium Hang Jebat kami sekadar seri dengan Kedah, namun kali ini
ia kesempatan terbaik buat pemain menebus kehampaan berkenaan,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, semua
pemain sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan itu namun beliau akan
mengenal pasti pemain yang memiliki beberapa kelebihan diturunkan dalam
kesebelasan utama.
Katanya, hanya kemenangan saja
yang bakal menjamin pasukannya ke final Piala Malaysia dengan keutamaan ialah
untuk menutup setiap ruang bagi mengelak gawang pasukan dibocori.
Baginya, kelebihan memihak
kepada Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe tetapi saingan masih
terbuka dan pasukannya tetap memiliki peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.
Berikutan itu, beliau sudah mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan lawan yang perlu diberi perhatian ketika bertahan serta
mengatur gerak untuk memburu gol kemenangan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 9:56 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan