ARKIB : 22/11/2007
Pemain Terengganu, Gliesson
Freire (kanan) berebut bola dengan pemain Sarawak, Firdaus Morshidi dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu, semalam.
KUALA LUMPUR Polis terus
menunjukkan belang untuk terus mengungguli persada teratas mencatat kemenangan
kedua berturut-turut apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0 dalam perlawanan bola
sepak Liga Super di Stadium MPS, Selayang, semalam.
Dua gol jaringan bintang import
dari Kenya, Hillary Echesa pada minit ke-53 dan pemain Singapura, Ahmad Latif
Kamaruddin di minit 78 sudah cukup menjamin tiga mata penuh buat Polis.
Polis unggul dengan dua
kemenangan berturut-turut untuk mengutip enam mata penuh.
Di Stadium MBPJ, Perak turut
memahatkan kemenangan kedua apabila menewaskan MyTeam 1-0.
Gol tunggal jaringan ketua
pasukan, Ahmad Shahrul Azhar pada minit ke-86 sudah cukup melegakan buat Perak
terus mengekori rapat pendahulu Polis.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Terengganu meraih kemenangan pertama apabila membelasah
Sarawak 4-0 menebus kekalahan pertama dalam saingan pertama Ahad lalu.
Gol-gol tuan rumah dijaringkan
oleh Mohd. Ashari Samsuddin di minit 33), Che Hishamuddin Hassan (36), Zairul
Anuar Zailani (59) dan Fabio Flor (82).
Stadium Darul Makmur, juara
tiga piala musim lalu Kedah meraih kemenangan sulung apabila menewaskan Pahang
2-1.
Nelson Martin menjaringkan gol
pembukaan Kedah sebelum diikat oleh tuan rumah menerusi Bironse Abed di minit
ke-64.
Dua minit selepas itu Kedah
mencatat kemenangan apabila Marlon Alex James mencipta jaringan kedua hijau
kuning.
Stadium Shah Alam Mohd. Amri
Yahyah menjadi penyelamat apabila jaringannya membantu Selangor seri 1-1
berdepan Johor FC.
Eddy Helmi Manan membuka
jaringan di minit 65 buat Johor FC tetapi jaringan lewat permainan Amri Yahyah
menyelamatkan Selangor daripada kekalahan.
Stadium Negara Hasanal Bolkiah
Negeri Sembilan mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Brunei DPMM 1-0
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vqKNTibp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan