WARTAWAN SINAR
HARIAN
17 SEPTEMBER 2016
Cops masih belum
selamat Kehilangan penyerang berbisa De Paula yang digantung perlawanan akibat
mengutip kad merah daripada perlawanan pertama sedikit menggusarkan Cops
LEKA bawa padah!
Itu amaran Fauzi Pilus kepada pemainnya menjelang pertembungan suku akhir kedua
Piala Malaysia bertemu Kelantan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
Pengendali PDRM
itu menyifatkan pasukannya masih dalam situasi bahaya meskipun mempunyai
sedikit kelebihan berbanding Kelantan.
Pada masa sama,
Fauzi menggesa anak buahnya berwaspada berdepan jaguh dari pantai timur itu
kerana lawan katanya, amat terdesak untuk melakar kemenangan.
"Biarpun ada
kelebihan satu gol, tetapi kami masih belum selamat. Apatah lagi kami
kehilangan dua tonggak iaitu De Paula dan Reuben yang digantung perlawanan.
"Kekalahan
Kelantan di hadapan penyokong sendiri tempoh hari juga pasti akan membuatkan
mereka terdesak untuk mencari gol awal.
"Oleh itu
saya menggesa pemain untuk kekal fokus agar dapat mengelakkan daripada
melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.
"Namun, saya
percaya barisan pemain yang diturunkan nanti adalah yang terbaik untuk
mengekang asakan lawan," ujarnya.
Fauzi turut
mengakui sedikit kepincangan di barisan pertahanan perlu diperbaiki untuk
perlawanan kedua bagi mengelakkan berputih mata.
Menurutnya lagi,
pemain The Cops juga diharap mampu mempamerkan semangat juang tinggi dan
mengekalkan disiplin sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 17 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan