Selasa, 21 Mac 2017

Polis mangsa terbaru Kedah



ARKIB : 19/02/2002
PENDAHULU bola sepak Liga Perdana Dua, Kedah semakin garang dalam kempen awal ini apabila menjadikan Polis mangsa terbarunya dengan kemenangan besar 5-1 di Stadium Selayang, semalam.

Sheikh Ahmad Redzuan menjaringkan hatrik pada minit ke-36, ke-43 dan ke-59 manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli (86) dan Irwan Fadzly Idrus (90).

Gol saguhati Polis dihasilkan L. Suresh menerusi sepakan penalti (78).

Di Stadium Larkin, Johor tumpas di gelanggang sendiri 3-1 kepada TNB Kelantan.

Tiga gol TNB Kelantan dijaringkan oleh penjaga gol, Kamaruzaman Mohamad (12), Azrul Amri Burhan (72) dan Khairil Zahasmi (75) manakala gol tunggal Johor dijaringkan oleh L. Ragesh (60).

Di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu, pasukan tuan rumah SKM Kelantan tewas 2-1 kepada MPPJ Selangor.

Yuszaiman Zahari membuka jaringan untuk MPPJ pada minit ke-23 sebelum Khairun Haled Masrom menggandakan jaringan minit ke-60.

Gol SKM Kelantan dijaringkan Shahrol Azaruddin Nordin minit ke-62.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, JKR Kedah mencatat kemenangan sulung dalam liga selepas menumpaskan Brunei 3-0.

Gol-gol JKR Kedah dijaringkan oleh Ahmad Rodi Din (65, 75) dan Mohd. Shahril Dahlan (86).

Di Stadium Hang Tuah, Melaka, Telekom Melaka membelasah KL Malay Mail 4-0.

Gol Telekom Melaka diperoleh menerusi Imran Ahmad (6), Issac Kuffour (60, 63) dan Gabriel Opoku-Ware (85).

Di Stadium KLFA di Cheras, Tentera menewaskan Public Bank Selangor 3-0.

Ya'akob Aris membuka jaringan Tentera pada minit ke-60 dan dua gol lagi disumbangkan Mohd. Shahrol Imran Ibrahim (75) dan Che Abdullah Che Ahmad (78).

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bwbrH8j3© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 18 Mac 2017

Baharuddin digantung, denda RM500

ARKIB : 25/08/2001
PEMAIN bola sepak pasukan Liga Perdana Polis, Baharuddin Othman dikenakan hukuman gantung setahun dan denda RM500 oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Baharuddin didapati bersalah melakukan kekasaran ke atas pengadil perlawanan semasa aksi Perdana Dua antara Polis dengan Kuala Lumpur Malay Mail di Stadium MPPJ, 13 Ogos lalu.

Baharuddin yang hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan yang bermesyuarat di Wisma FAM, Kelana Jaya dipengerusikan Leftenan Jeneral (B) Datuk Azuddin Ahmad.

Dalam perlawanan itu, Baharuddin didakwa membaling botol minuman ke atas pengadil, Nazrul Anuar Khairuddin ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

``FAM memandang serius kes ini dan kami tidak akan bertolak ansur ke atas mana-mana pemain yang melakukan kesalahan berat seperti ini,'' kata Azuddin.

Pemain Johor, Azmil Azali turut dipanggil memberi keterangan setelah mendapati bekas pemain kebangsaan itu mengutip enam kad kuning sepanjang liga.

Bagaimanapun, pemain itu dibebaskan dan hanya diberi amaran keras.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bjj3Sit3

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 11 Mac 2017

Piala FAM: Polis jumpa JKR Kedah

ARKIB : 06/10/2000
POLIS akan bertemu JKR Kedah pada perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala FAM di Stadium KLFA, Cheras, Ahad ini.

Perlawanan itu akan bermula pada pukul 8.45 malam.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia, Insp J.G.Raj berkata, ini adalah kali pertama mereka layak ke peringkat akhir kejohanan itu.

Polis mengambil bahagian dalam Liga Perdana Dua pada 1997 tetapi terpaksa beraksi pada kejohanan Piala FAM pada 1998 setelah menduduki tempat kedua tercorot dalam liga berkenaan.

Berikutan kejayaan mereka pada pertandingan Piala FAM tahun ini, pasukan itu bakal menyerikan kembali Liga Perdana Dua bersama-sama dengan JKR Kedah pada musim depan.

Di bawah peraturan Liga Malaysia, kedua-dua pasukan yang layak ke pertandingan akhir Piala FAM akan menyertai Liga Perdana Dua.

Polis melayakkan diri ke pertandingan akhir setelah mengalahkan Perak Lintau dengan agregat 4-1 manakala JKR Kedah memenangi perlawanan separuh akhir mereka dengan mengalahkan TKN Perak dengan agregat 3-2. - Bernama.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4b44dVMqp © Utusan Melayu (M) Bhd