KAMI tewas kerana beraksi dalam
keadaan ‘tempang’ tanpa kehadiran beberapa pemain utama.
Demikian jelas jurulatih Polis
Diraja Malaysia (PDRM), K. Thaiyanathan ketika pasukannya mengulas mengenai
kekalahan 0-2 kepada UPB-MyTeam pada aksi Liga Super di Stadium Majlis
Bandaraya Petaling Jaya malam kelmarin.
Menurutnya, PDRM tidak berada
dalam kedudukan terbaik kerana tiga pemain utama tidak boleh diturunkan kerana
mengalami demam panas.
Selain itu katanya, dua tonggak
termasuk pemain import, Hillary Echesa dan penyerang Mohd. Fadly Kassim tidak
diturunkan kerana masih dibelenggu kecederaan.
“Ia adalah perlawanan terburuk
kami kerana beberapa masalah yang membelenggu pasukan.
“Tiga pemain utama, Wan Zaman
Wan Mustafa, Mohd. Faizol Che Noh dan Mohd. Arman Zairi Mohd. Johan tidak boleh
diturunkan kerana mengalami demam panas.
“Ketiga-tiga pemain ini
mengalami demam panas sejak Khamis lalu dan mereka dinasihat- kan tidak beraksi
pada perlawanan itu,” kata- nya kepada KOSMO! semalam.
Thaiyanathan berkata, beliau
terpaksa melakukan rombakan ekoran ketiadaan beberapa pemain utama.
“Kami terpaksa menggunakan
pemain baru dan ini menyukarkan untuk menyusunkan strategi.
“Kalau kita menggunakan pemain
lama mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan,” tambahnya.
PDRM kini berada di tangga
kelapan liga dengan mengumpul 12 mata.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4wLF0FMht
Hakcipta terpelihara