Ahad, 13 November 2016

Malay Mail, TNB seri 1-1

ARKIB : 21/02/1999
PERSAINGAN empat pasukan merebut dua tempat teratas melayakkan diri ke bola sepak Perdana Dua terus terbuka luas apabila dua pertemuan semalam sekadar menyaksikan keputusan seri.

Malay Mail yang bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Bank Simpanan Nasional, Bangi, terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 untuk masing-masing mengumpul satu mata.

Marthen Sundram muncul penyelamat Malay Mail apabila menyumbat masuk jaringan penalti pada minit ke-83 selepas pasukannya ketinggalan 0-1 di babak pertama permainan.

Marthen yang dilayangkan kad kuning oleh pengadil pada minit ke-17, tidak teragak-agak menolak masuk bola selepas pasukannya dihadiah sepakan penalti kerana pemain pertahanan lawan melakukan rempuhan dari belakang ke atas rakan sepasukannya.

TNB mendahului menerusi jaringan Morhim Abdullah pada minit ke-16, tetapi gagal mematahkan semangat Malay Mail untuk terus memburu gol.

Pertemuan ini turut menyaksikan lima kad kuning lagi dilayangkan kepada pemain TNB, Wan Azlee Yusoff pada minit ke-32, Mohd. Haniff Idris (ke-39), Anwar Ismail (ke-69), Shukri Ghazali (ke-82) dan Roslan Ismail minit ke-86.

Sementara itu, Polis yang menentang Tentera di Stadium Permata Petronas, Bangi, terpaksa berkongsi satu mata apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Perlawanan ini menyaksikan penguasaan Tentera tetapi mereka gagal mencipta jaringan selepas melakukan beberapa asakan berbahaya, termasuk pada minit ke-44 apabila Mohd. Rosdi Tahir melepaskan tendangan kencang yang hampir mencecah palang gol.

Pada awal babak kedua, Mohd. Rosdi sekali lagi mencemaskan barisan pertahanan Polis apabila melepaskan tendangan jarak jauh, tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, P. T. Assogan.

Polis dan Tentera juga terpaksa akur apabila pemain kedua-dua pasukan yang memakai jersi nombor lapan dilayangkan kad kuning oleh pengadil, N. Sivadass dari Negeri Sembilan.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4PtpYGFN8 © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 15 Oktober 2016

Final ulangan

PEMAIN Kedah, Thiago Agusto (tengah) berjaya melepasi kawalan pemain PDRM pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 0-0.

BAGAIKAN aksi ulangan. Demikian gambaran perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini setelah juara bertahan, Selangor sekali lagi bakal membuat perhitungan dengan Kedah dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam hujung bulan ini.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketiga melibatkan skuad Gergasi Merah dan Helang Merah selepas final edisi 2008 yang memihak Kedah 3-2 dan perlawanan akhir musim lepas yang mana Selangor menang dengan keputusan 2-0.

Pada pentas separuh akhir malam tadi, skuad Merah Kuning tidak berdepan masalah untuk meranapkan impian pasukan berstatus kelab, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dengan keputusan 3-0.

Pasukan kendalian K. Gunalan itu berjaya mendapatkan dua gol awal menerusi pemain sayap, R. Gopinathan pada minit kedua sebelum tonggak pertahanan import, Ugo Ukah melebarkan kelebihan Selangor pada minit ke-19.

Kapten pasukan, Andik Vermansyah menambah derita pasukan tuan rumah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit-minit akhir perlawanan menjadikan kedudukan agregat 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir merupakan bonus terbaik buat pasukan Gergasi Merah setelah mengharungi musim suram tahun ini apabila tersingkir awal dalam saingan Piala FA, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan gagal memberi saingan dalam pentas Liga Super.

Susulan kegagalan tersebut, pengendali asal musim ini, Zainal Abidin Hassan dipecat Ogos lepas dan posisinya diambil alih oleh Gunalan yang dilihat kembali berjaya meniupkan api semangat pada barisan pemain Selangor.

Sementara itu, di Stadium Hang Jebat, Melaka, Kedah berjaya mengekalkan kelebihan selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus menjadikan kemenangan 2-1 pada separuh akhir pertama bulan lalu sudah cukup untuk membawa Helang Merah mara ke final buat tahun kedua berturut-turut.

Pada pentas akhir musim lepas, dua jaringan penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri berjaya menamatkan badi Misi 33 Selangor yang ketika itu dibimbing oleh pengendali import, Mehmet Durakovic untuk meranapkan impian Kedah di Stadium Shah Alam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4NCzVciuV Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PDRM 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
PDRM    0-0 Kedah
PEMAIN KEDAH
31 MOHD IFWA AKMAL
03 SYAWAL NORDIN
04 BANG SEUNGWHAN
07 BADDROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIOGO AGUST0
14 SMELTZ SHANE
15 RIZAL GHAZALI
16 AMIRUL HISYAM
18 ABDUL HALIM SAARI

25 AZMEER YUSOF 

TERKINI PDRM 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
PDRM    0-0 Kedah
PEMAIN KEDAH
31 MOHD IFWA AKMAL
03 SYAWAL NORDIN
04 BANG SEUNGWHAN
07 BADDROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIOGO AGUST0
14 SMELTZ SHANE
15 RIZAL GHAZALI
16 AMIRUL HISYAM
18 ABDUL HALIM SAARI
25 AZMEER YUSOF



Tagih tuah Hang Jebat

 
PEMAIN PDRM selesa beraksi di stadium sendiri.
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my

Melaka: Jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohd Fauzi Pilus mengharapkan Stadium Hang Jebat mampu membawa tuah buat anak buahnya yang akan berdepan Kedah pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu ini.

Sambil mengaku pemainnya sudah biasa dengan gelanggang berkenaan, beliau tetap mengharapkan usaha dan sentuhan pemain melebihi apa yang dijangkakan dengan tidak semata-mata mengharapkan tuah dan nasib semata-mata.

Justeru, beliau mahu anak buahnya mengambil kelebihan yang ada untuk mengatasi agregat 2-1 milik pelawat pada saingan pusingan pertama di Alor Setar sebelum ini.

Baki 90 minit permainan amat berharga untuk mereka memberikan yang terbaik dalam misi mencipta kemenangan mengejut ke atas skuad Helang Merah.

“Sepanjang musim ini kami beraksi dengan agak baik di stadium berkenaan dan kini kami bersaing di separuh akhir Piala Malaysia. Sehubungan itu, keserasian terbabit diharap mampu diulangi ketika aksi penting terbabit.

“Walaupun pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Hang Jebat kami sekadar seri dengan Kedah, namun kali ini ia kesempatan terbaik buat pemain menebus kehampaan berkenaan,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, semua pemain sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan itu namun beliau akan mengenal pasti pemain yang memiliki beberapa kelebihan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Katanya, hanya kemenangan saja yang bakal menjamin pasukannya ke final Piala Malaysia dengan keutamaan ialah untuk menutup setiap ruang bagi mengelak gawang pasukan dibocori.

Baginya, kelebihan memihak kepada Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe tetapi saingan masih terbuka dan pasukannya tetap memiliki peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.

Berikutan itu, beliau sudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan lawan yang perlu diberi perhatian ketika bertahan serta mengatur gerak untuk memburu gol kemenangan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 9:56 AM


Tak rela gagal

 
AKSI separuh akhir pertama Piala Malaysia 2016 antara Kedah menentang PDRM.
Rodly Fadly
sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain import Polis Diraja Malaysia (PDRM) Andrezinho akan menjadikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah, hujung minggu depan sebagai serampang dua mata.

Selain mahu mencipta sejarah bersama PDRM layak ke final, dia juga akan menjadikan pentas Piala Malaysia sebagai ‘talian hayat’ untuk menyambung kariernya di sini pada musim depan.

Mengakui teruja untuk terus beraksi dalam Liga Malaysia, Andrezinho berkata, hanya persembahan terbaik bersama PDRM dalam baki saingan musim ini akan menjadi tiket untuk dia memperoleh peluang itu.

“Kontrak saya bersama PDRM akan tamat penghujung musim ini. Secara jujur, saya gembira dan ingin terus bermain di sini terutama bersama pasukan berkenaan. Tapi jika PDRM tidak berminat menyambung kontrak, saya berharap dapat memikat pasukan lain.

“Oleh itu, separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah kelak sangat penting bukan saja kepada pasukan malah saya sendiri. Ini kerana jika PDRM layak ke final, ia bukan saja sejarah buat kelab itu malah turut membantu meningkatkan nilai diri saya sebagai pemain.

“Peluang saya untuk menyambung kontrak bersama PDRM atau mendapat tawaran kelab lain di sini lebih cerah jika impian itu dicapai.

“Jadi, saya perlu menjadikan perlawanan ini sebagai medan untuk menunjukkan kemampuan sebenar sambil membantu PDRM ke perlawanan akhir.

“Saya tidak berpuas hati dengan permainan sendiri pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu. Persembahan saya dalam perlawanan itu hanya mencapai 70 peratus kemampuan sebenar. Tapi, saya yakin boleh buat lebih baik.

“Dari sudut taktikal, saya dan rakan-rakan berjaya menjalankan tugas seperti diarahkan jurulatih (Fauzi Pilus). Kami mampu menyekat bahagian sayap Kedah daripada membuat hantaran kepada dua penyerang importnya yang diketahui mampu menjaringkan gol.

“Tapi, sebagai perancang pasukan, ternyata saya tidak memainkan peranan dengan berkesan di mana saya gagal melakukan hantaran yang mampu menghasilkan gol. Mungkin kalau saya lebih efektif malam itu, kami mampu mendapat keputusan lebih baik.

“Jadi, untuk pertemuan separuh akhir kedua, saya mahu menebus kelemahan itu dengan memberi persembahan 100 peratus. Saya yakin dengan kemampuan PDRM untuk layak ke final, apatah lagi dengan kelebihan gol di tempat lawan,” ujar Andrezinho.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:13 AM

Jumaat, 14 Oktober 2016

Mampu cipta kejutan

 
PERTAHANAN PDRM Muhamad Eskandar Ismail (kiri) diasak pemain Kedah Muhd Ariff Farhan pada aksi separuh akhir.
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pemain pertahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Abd Latiff Suhaimi yakin pasukannya mampu mencipta kejutan pada saingan pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, 15 Oktober ini.

Walaupun tewas 1-2 pada aksi pertama di Stadium Darulaman, Alor Setar minggu lalu namun ia bukan halangan buat The Cops menafikan kelebihan dimiliki Helang Merah yang pastinya mahu meneruskan keazaman mereka melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut.

Menurutnya, dia sedar dengan kekuatan Kedah apatah lagi lawan dibarisi pemain berpengalaman seperti Baddrol Baktiar dan pemain import Thiago Agusto serta bintang muda berkualiti tetapi ia bukanlah halangan untuk PDRM mencipta kemenangan.

Katanya, sentuhannya bersama Mohd Fakhrul Aiman Sidid yang menyertai skuad kebangsaan ketika ini diharap mampu mematangkan gaya permainan mereka.

“Kami akan menjadikan latihan dan perlawanan antarabangsa bersama skuad Datuk Ong Kim Swee sebagai pentas menimba pengalaman dan idea penting yang akan kami terjemahkan dalam Piala Malaysia.

“Malah, sesi latihan bersama Harimau Malaysia juga memberi kesempatan buat kami menilai keistimewaan Baddrol yang menjadi senjata utama skuad kendalian Tan Cheng Hoe. Bagi saya, kelebihan kami tetap ada kerana memiliki jaringan di gelanggang lawan,” katanya.

Apapun, Abd Latiff mengaku saingan di Kedah sebelum ini jelas memberi sedikit tekanan buat PDRM kerana beraksi di depan puluhan ribu penyokong tuan rumah namun pertemuan kedua bakal berlangsung di Melaka sekali gus membolehkan dia dan rakan-rakan bermain dengan lebih yakin.

Katanya, kerjasama rakan sepasukan akan terus dipertingkat menerusi strategi jurulatih Mohd Fauzi Pilus dalam usaha melakar sejarah mara ke final buat kali pertama.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 8:42 AM


Aiman mahu bawa PDRM ke final

14 Oktober 2016 12:30 AM
Fakrul AIMAN SIDID telah menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan
FAKRUL AIMAN SIDID telah menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini sehingga terpilih untuk menyarung jersi Harimau Malaysia.
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Penyerang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Fakrul Aiman Sidid berjanji akan memberi aksi terbaik dalam misi memburu tempat ke final Piala Malaysia sekali gus bakal memahat sejarah paling manis untuk kelab itu.

Bagaimanapun, dia sedar bukan tugas mudah berdepan Kedah dalam separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat Sabtu ini berikutan kelebihan jaringan yang dimiliki pihak lawan namun bukan mustahil untuk menang seandainya PDRM tampil lebih berani berbanding ketika tewas 1-2 di Alor Setar pada 30 September lalu.

Aiman, yang sebelum ini beraksi bersama DRB-Hicom, menyeru rakan sepasukannya supaya mencari gol awal selain berwaspada dengan ancaman barisan serangan skuad Lang Merah.

“Ini adalah peluang terakhir untuk pasukan meraih piala musim ini dan apabila telah melangkah hingga ke peringkat ini (separuh akhir) maka kami harus menyerang habis-habisan.

“Mengenai defisit gol, kami tidak mahu memikirkan sangat kerana fokus utama adalah perlawanan Sabtu ini iaitu cuba mencari gol awal dan memanfaatkan setiap peluang dengan sebaik mungkin.

“Jika gagal menjaringkan gol maka harapan kami akan musnah. Perlawanan ini boleh diibaratkan seperti aksi final dan peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan. Kami juga harus memastikan gawang tidak dibolosi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 14 Oktober 2016

KEPUTUSAN PENUH KEDAH 2-1 PDRM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah               2-1  PDRM
m-9 Thiago Agusto m-De Paula
m-80 Liridon
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
27MOHD ARIF FARHAN
13 KHARUL HELMI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
10 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
03 SYAWAL NORDIN
25 AZMEER YUSOF
18 ABDUL HALIM SHAARI

Selangkah buat PDRM cipta sejarah

Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
PARA pemain PDRM giat menjalani latihan di Kuala Lumpur semalam menjelang saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka esok.

‘SATU langkah lagi untuk mencipta sejarah mara ke pentas final Piala Malaysia.’

Demikian tiupan semangat jurulatih skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd. Fauzi Pilus untuk menaikkan motivasi anak-anak buahnya menje­lang ujian getir aksi separuh akhir ke­dua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka esok.

Sebagai rekod, pasukan Sang Saka Biru bakal berdepan cabaran hebat ba­gi mengurangkan defisit satu gol selepas tewas 1-2 kepada Kedah dalam aksi pertama di Alor Setar, 30 September lepas.

Bagaimanapun, Fauzi mengakui ke­lebihan tidak 100 peratus terletak kepada skuad Helang Merah itu kerana beranggapan saingan masih lagi bersifat 50-50 terutama ketika PDRM memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.

“Masa rehat dua minggu sudah cukup untuk barisan pemain mendapatkan kembali kecergasan mereka. Dalam perkembangan sama, kami juga telah menonton rakaman perlawanan aksi pertama lepas di mana kami telah melihat kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan, selain mengenal pasti kelemahan pasukan lawan.

“Harapan kami sudah tentu mahu menang kerana itu sahaja cara untuk layak ke pentas akhir. Cuma, saya mahu pemain lebih matang membuat sebarang keputusan selain tenang mengikut perancangan supaya segalanya berjalan seperti yang kita mahu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan PDRM di Kuala Lumpur semalam.

Selain memberi tumpuan dalam aksi Piala Malaysia, Fauzi turut menjelaskan, pasukannya mempunyai satu lagi ‘final’ iaitu menentang Sarawak dalam saingan Liga Super yang mana ia penentu bagi mengelakkan pasukannya tersingkir ke Liga Premier musim depan.

“Saya akui kami masih mempunyai satu lagi perlawanan penting minggu depan menentang Sarawak yang mana ia adalah misi hidup mati pasukan. Namun, ketika ini fokus lebih terarah untuk saingan Piala Malaysia.

“Kami sudah melangkah jauh tambahan pula bukan senang untuk mendapat peluang ini kerana ia merupakan kali pertama PDRM berada di pentas separuh akhir. Justeru, saya mahu pemain mengelakkan daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh meng­hukum pasukan.

“Berdasarkan saingan sebelum ini, kami mampu mencabar Kedah, malah memiliki beberapa peluang keemasan untuk mendapat keputusan yang lebih positif di Alor Setar. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kami apabila menghadiahkan penalti untuk mereka,” katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4N2ecdL7v Hakcipta terpelihara

Jumaat, 30 September 2016

TERKINI MASA KEDUA KEDAH 2-1 PDRM



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah               2-1  PDRM
m-9 Thiago Agusto m-De Paula
m-80 Liridon
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
27MOHD ARIF FARHAN
13 KHARUL HELMI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
10 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
03 SYAWAL NORDIN
25 AZMEER YUSOF
18 ABDUL HALIM SHAARI

TERKINI MASA KEDUA KEDAH 1-1 PDRM



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah               1-1  PDRM
m-9 Thiago Agusto m-De Paula
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
27MOHD ARIF FARHAN
13 KHARUL HELMI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
10 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
03 SYAWAL NORDIN