ARKIB : 19/05/2007
KUALA LUMPUR Polis kembali
memintas UPB/MyTeam selaku pendahulu selepas meraih kemenangan mudah menewaskan
ATM 3-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MPS, Selayang,
semalam.
Kemenangan itu memastikan Polis
meraih 34 mata dengan kelebihan dua mata memintas UPB/MyTeam (32).
Di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, gol penyamaan lewat permainan Nizaruddin Yusof menjadi penyelamat buat
UPB/MyTeam mengikat Kuala Lumpur dengan keputusan seri 2-2.
Pelawat membuka jaringan
menerusi Haris Safwan pada minit ke-28 tetapi disamakan oleh sepakan penalti
Reeshafiq Alwi pada minit ke-68.
Kuala Lumpur mendahului pada
minit ke-81 menerusi Jorge Armando Rodriguez tetapi jaringan Nizaruddin menjadi
penyelamat.
Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
Kelantan berjaya mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan Sabah.
Keputusan tersebut tidak
mengubah kedudukan Sabah yang kekal di tangga ketiga liga di belakang Polis dan
UPB/MyTeam.
Di Stadium Darul Aman, Kuala
Muda Naza sekadar mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Johor Pasir Gudang.
Perlawanan itu dicemari apabila
tiga pemain di perintah keluar padang.
Di Stadium MBPJ, PKNS pula
tewas 2-0 kepada Shahzan Muda.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4u77iUUie
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan