Sabtu, 16 September 2017

Polis unggul terajui Liga Perdana


ARKIB : 14/02/2007

TONGGAK import Kuala Lumpur, Lamey Kevin Andre (kanan) berjaya melepasi asakan penyerang Shahzan Muda, Wan Mohd. Ezani Wan Ismail dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. – Gambar AZLAN BAHRUM.

KUALA LUMPUR – Polis terus mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu apabila mudah mengetepikan cabaran Kuala Muda Naza untuk meraih kemenangan 2-1 pada perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Kemenangan buat kali keempat Polis memastikan mereka terus unggul sebagai pendahulu dengan meraih 13 mata daripada enam perlawanan setakat ini.

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Khairan Eroza Razali muncul hero apabila jaringan tunggalnya membantu Kelantan meraih tiga mata penuh menewaskan PBT Pasir Gudang Johor 1-0.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Khairan pada minit ke-36.

Di Stadium MPS Selayang, skuad UPB/MyTeam gagal mencari tiga mata penuh apabila sekadar mampu seri 3-3 ketika bertemu tuan rumah ATM.

Keputusan itu masih mengekalkan kedudukan UPB/MyTeam di tempat ketiga memungut lapan mata.

Gol-gol ATM dijaringkan oleh Nazri Akui (24), Fainizam Nordin (34) dan Masrizar Masalan (35) manakala UPB/MyTeam pula menerusi Dijan Mijalnic (10) dan Marin Mikac (13 dan 90).

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, skuad warga kota gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 0-0 ketika bertemu Shahzan Muda.

Di Stadium Likas, Sabah terus dihimpit keresahan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar terikat dengan keputusan seri 1-1 bertemu Plus FC.

Plus FC mengejutkan tuan rumah dengan gol awal jaringan BadrulHisni Abdul Rahman pada minit ke-53 namun Sabah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan S. Sunder pada minit ke-76.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4sr9R3uLs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan