ARKIB : 02/05/2007
KUALA LUMPUR - Polis terus
mengukuhkan kedudukan untuk layak ke Liga Super musim depan apabila mudah
menewaskan PKNS 3-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya, semalam.
Kemenangan itu memastikan Polis
terus mengungguli persada teratas Liga Perdana dengan mengutip 28 mata.
Kelebihan tiga mata mengatasi
UPB/MyTeam yang sekadar seri 1-1 bertemu Shahzan Muda.
Di Stadium Darul Makmur,
UPB/MyTeam gagal meraih tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan Shahzan
Muda.
Pelawat tidak perlu menunggu
lama untuk mencari gol pendahuluan apabila pemain importnya, Marin Mikat
meledakan sepakan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol
Shahzan Muda, Mohd. Farizal Marlias pada minit ke-21.
Bagaimanapun, Shahzan Muda
menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gerakan solo Abdulafees Abdul Salam pada
minit ke-70.
Di Stadium MPS Selayang, Sabah
turut mencatat kemenangan mengutip tiga mata penuh apabila mudah menewaskan ATM
2-0.
Kemenangan itu masih
mengekalkan kedudukan Sabah di tangga ketiga liga dengan mengutip 23 mata.
Di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, tuan rumah Kuala Lumpur mengukuhkan kedudukan apabila menewaskan Johor
Pasir Gudang 2-1.
Kemenangan itu memastikan Kuala
Lumpur mengutip 21 mata.
Di Stadium Darul Aman, Kuala Muda
Naza meraih tiga mata penuh apabila mudah menewaskan KL Plus 3-1.
Dua gol menerusi Muhamad Zamri
Chin pada minit ke-59 dan 75 meranapkan terus peluang KL Plus untuk menandingi
tuan rumah.
Begitupun pelawat merapatkan
jurang seminit sebelum rehat menerusi Martin Carlos Dell namun di masa
kecederaan Kuala Muda Naza menambah gol ketiga menerusi Manzor Azwira.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tYePt4hf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan