Jumaat, 29 September 2017

Polis hampiri gelaran liga



 
ARKIB : 06/06/2007
Pemain import Shahzan Muda, Abdulafees Abdul Salam (kiri) berjaya melepasi kawalan ketat dua pemain Kuala Muda Naza, Mazlizam Mohamad (kanan) dan Shukri Fadzil (terbaring) dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Shahzan Muda menang 2-1. – Gambar RUSHDI SALLEH.

KUALA LUMPUR – Pendahulu, Polis hanya dipisahkan daripada dua perlawanan untuk bergelar juara dan melangkah ke Liga Super musim depan selepas menewaskan KL Plus 3-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MPS, Selayang, semalam.

Kemenangan bergaya itu membolehkan Polis mengutip 40 mata untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Michael Barasa..PDRM memperoleh gol keduanya menerusiJalil Sulaiman (m-65) dan Hillary Echesa (m-79).

Gol saguhati KL Plus dijaringkan oleh pemain pertahanan Hishammuddin Othman (m-77).

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, UPB-MyTeam bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kelantan 2-1.

Kelantan membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi rembatan Mohd Saufi Sa’aidi namun UPB-MyTEAM menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi Mohd Harris Safwan.

Gol kemenangan pasukan kelab itu dijaringkan pada minit ke-85 oleh Hasmizan Kamaroddin.

UPB/MyTeam masih kekal di tangga kedua Liga Perdana mengumpul 35 mata.

Di Stadium Darul Makmur, Victor Alesandro Gonzalez muncul hero buat Shahzan Muda mengutip tiga mata berharga apabila menang tipis 2-1 ke atas Kuala Muda Naza.

Alesandro Gonzalez mencipta dua jaringan menarik pada minit ke-41 dan 51.

Manakala gol tunggal Kuala Muda Naza dijaringkan oleh Ojeda Daniel Fortunato pada minit ke-77.

Buat Kuala Muda Naza kekalahan itu buat kali ke-11 musim ini.

Di Stadium MBPJ Kelana Jaya, ATM mengutip kemenangan bergaya apabila membuat kejutan menewaskan PKNS 3-0.

Kemenangan bergaya ATM melonjakkan pasukan itu daripada menghuni tangga terbawah liga.

Di Stadium Larkin, Johor Pasir Gudang yang tersingkir daripada aksi di separuh akhir Piala FA membuat kejutan apabila menewaskan Sabah 1-0.

Kekalahan buat skuad Badak tampak menyukarkan pasukan itu untuk mencabar kedudukan Polis dan UPB/MyTeam yang kian kukuh untuk mara ke Liga Super musim depan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4u8aLS0yN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis kembali sebagai pendahulu



ARKIB : 19/05/2007

KUALA LUMPUR – Polis kembali memintas UPB/MyTeam selaku pendahulu selepas meraih kemenangan mudah menewaskan ATM 3-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MPS, Selayang, semalam.

Kemenangan itu memastikan Polis meraih 34 mata dengan kelebihan dua mata memintas UPB/MyTeam (32).

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, gol penyamaan lewat permainan Nizaruddin Yusof menjadi penyelamat buat UPB/MyTeam mengikat Kuala Lumpur dengan keputusan seri 2-2.

Pelawat membuka jaringan menerusi Haris Safwan pada minit ke-28 tetapi disamakan oleh sepakan penalti Reeshafiq Alwi pada minit ke-68.

Kuala Lumpur mendahului pada minit ke-81 menerusi Jorge Armando Rodriguez tetapi jaringan Nizaruddin menjadi penyelamat.

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kelantan berjaya mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan Sabah.

Keputusan tersebut tidak mengubah kedudukan Sabah yang kekal di tangga ketiga liga di belakang Polis dan UPB/MyTeam.

Di Stadium Darul Aman, Kuala Muda Naza sekadar mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Johor Pasir Gudang.

Perlawanan itu dicemari apabila tiga pemain di perintah keluar padang.

Di Stadium MBPJ, PKNS pula tewas 2-0 kepada Shahzan Muda.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4u77iUUie
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 23 September 2017

Polis terus kukuh cengkaman liga



ARKIB : 02/05/2007

KUALA LUMPUR - Polis terus mengukuhkan kedudukan untuk layak ke Liga Super musim depan apabila mudah menewaskan PKNS 3-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, semalam.

Kemenangan itu memastikan Polis terus mengungguli persada teratas Liga Perdana dengan mengutip 28 mata.

Kelebihan tiga mata mengatasi UPB/MyTeam yang sekadar seri 1-1 bertemu Shahzan Muda.

Di Stadium Darul Makmur, UPB/MyTeam gagal meraih tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan Shahzan Muda.

Pelawat tidak perlu menunggu lama untuk mencari gol pendahuluan apabila pemain importnya, Marin Mikat meledakan sepakan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Shahzan Muda, Mohd. Farizal Marlias pada minit ke-21.

Bagaimanapun, Shahzan Muda menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gerakan solo Abdulafees Abdul Salam pada minit ke-70.

Di Stadium MPS Selayang, Sabah turut mencatat kemenangan mengutip tiga mata penuh apabila mudah menewaskan ATM 2-0.

Kemenangan itu masih mengekalkan kedudukan Sabah di tangga ketiga liga dengan mengutip 23 mata.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah Kuala Lumpur mengukuhkan kedudukan apabila menewaskan Johor Pasir Gudang 2-1.

Kemenangan itu memastikan Kuala Lumpur mengutip 21 mata.

Di Stadium Darul Aman, Kuala Muda Naza meraih tiga mata penuh apabila mudah menewaskan KL Plus 3-1.

Dua gol menerusi Muhamad Zamri Chin pada minit ke-59 dan 75 meranapkan terus peluang KL Plus untuk menandingi tuan rumah.

Begitupun pelawat merapatkan jurang seminit sebelum rehat menerusi Martin Carlos Dell namun di masa kecederaan Kuala Muda Naza menambah gol ketiga menerusi Manzor Azwira.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tYePt4hf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis rampas tampuk pendahulu



ARKIB : 25/04/2007

KUALA LUMPUR – Polis merampas kembali tampuk sebagai pendahulu daripada UPBMyTeam apabila menewaskan Shahzan Muda 3-1 pada perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium MPS Selayang, semalam.

Kemenangan mengutip tiga mata penuh membolehkan Polis meraih 25 mata mengatasi UPBMyTeam yang tidak beraksi dengan 24 mata.

Di Stadium Likas, Sabah turut mengutip tiga mata berharga apabila mudah menewaskan Kuala Lumpur 2-0.

Buat Sabah kemenangan tersebut memastikan mereka mengutip 20 mata untuk melonjakkan diri ke tangga ketiga di belakang Polis dan UPBMyTeam.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan oleh Charles Sindeh pada minit ke-57 dan Charles Obi meledakkan jaringan kedua pada minit ke-77.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, PKNS meraih kemenangan tipis apabila menewaskan Johor FC 1-0.

Gol kemenangan PKNS diperoleh menerusi jaringan Fareed Shah Hassan pada masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.

Buat PKNS kemenangan tersebut melonjakkan mereka di tangga keempat mengutip 20 mata sama dengan Sabah tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol.

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kelantan gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 bertemu Kuala Muda Naza.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, KL Plus menewaskan ATM 2-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tY44KaAl
© Utusan Melayu (M) Bhd